Thursday 3 July 2014

SELAMAT TINGGAL SK PAYA BESAR


Assalamualaikum semua,saya ingin meminta ampun dan maaf sekiranya selama saya di SKPB banyak mengguris perasaan dan membuat salah kepada semua Kulawangsa SKPB.Pengalaman di SKPB tercatat dalam memori yang terindah.TErima kasih kepada pihak pentadbir terutama guru besar En Mat Aker bin Derashid yang banyak memberikan input yang sangat berguna kepada saya dalam PdP.Terima kasih juga kepada semua guru yang memberikan komitmen kepada saya dalam apa juga aktiviti yang dijalankan.Selamat Maju Jaya SKPB.SKPB TOP TEN 2015 moga akan menjadi kenyataan.

Friday 27 June 2014

lagu nasyid Ramadhan

http://youtu.be/RaeS-DDl6Qw

PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1435 H

Pada 26/6/2014 Panitia Pendidikan Islam melancarkan  pelancaran Program Ihya' Ramadhan.
Program ini bertujuan untuk membangkitkan semangat mencintai Allah (SWT).Disamping itu juga ia boleh mendekatkan diri guru dan pelajar dengan Pencipta,berdisiplin serta mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini.Diantara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ialah Tadarus AlQuran,bacaan surah pendek (perhimpunan pagi dan waktu rehat ) dan juga mengedarkan risalah ilmu /rRamadhan.Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah(SWT).Aminn.






                                    Pelancaran oleh Puan Umai Kalsom .


                          Murid-murid sedang mendengar tazkirah Ramadhan .


                         Penceramah tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz  Mohd Fazrah

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

TARIKH:21/6/2014