Saturday 12 January 2013

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH NYONG

Majlis persaraan Ustazah Nyong binti Wanik di adakan pada 7.1.2013.Ustazah Nyong telah berkhidmat di SKPB selama 12 tahun.Persaraan beliau adalah mengikut persaraan pilihan.Diucapkan selamat bersara kepada ustazah Nyong.Semoga berbahagia dan gembira selalu.Majlis persaraan tersebut diadakan dengan dimulai dengan doa oleh ustaz Daud bin Che On.Kemudiaan diikuti dengan ucapan daripada ketua murid,Guru penolong ko-kurikulum,YDP PIBG, dan juga guru besar.Puan Marita membaca serba sedikit maklumat dan biodata Ustazah diiringi dengan persembahan multimedia oleh Puan Razah.Kemeriahan majlis persaraan tersebut semakin menyerlah apabila seorang murid dan beberapa orang guru mendeklamasikan sajak untuk Ustazah Nyong.Majlis diteruskan dengan pemberiaan hadiah oleh guru-guru serta murid-murid.Ustazah Nyong juga dipersilakan untuk menanam pokok kelapa sebagai tanda kenang-kenangan.Sebagai penutup ustazah Nyong diarak dengan menggunakan kereta pacuan empat roda yang dihiasi indah menuju ke rumah beliau.Walaupun tugas beliau sebagai guru telah  berakhir namun khidmat baktinya masih lagi diperlukan.Gelaran sebagai guru tetap kekal hingga ke akhir hayat.

                                                      PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

1 comment: