Saturday 10 November 2012

IN HOUSE/LDP KSSR THN 3






    In house Training dan LDP telah diadakan pada 11-12 /11/2012.Guru-guru yang terlibat memberikan taklimat ialah Guru-guru tahun 3(2013).Antaranya ialah :
1.En Ismail bin Ahmad
2.Pn Zurina binti Arsyad
3.Pn Mahani binti Jaafar
4.En Azhar bin Md Rodizh
5.Ustaz Daud bin Che On.
    Terdapat juga In house bagi guru-guru yang mengikuti kursus selain daripada KSSR iaitu
Bengkel mengoptimumkan dan mengintegrasikan ICT dalam PdP kepada Guru Penyelaras ICT/bestari dan Guru penyelaras perpustakaan dan media.
Guru yang terlibat ialah Pn Razah binti Dollah dan Pn Robiatuladawiyah binti Abdul Rahim.
In house ini adalah bermatlamat agar semua guru mempunyai pengetahuaan dalam semua bidang ilmu. 





Makan KFC



     Setelah menyelesaikan kerja pada hari terakhir persekolahan kami telah berpakat dengan beberapa orang kawan untuk makan KFC.Sekali-sekala makan dan berbual hilang juga penat dan lelah.Rugi siapa yang balik awal.

Friday 9 November 2012

JAMUAN BADAN KEBAJIKAN DAN STAFF




          Pada 7/11/2012 telah diadakan jamuan Badan Kebajikan dan Staff SK Paya Besar bertempat di Seri Malaysia Sungai Petani. Majlis dimulakan pada jam 4:00pm dengan didahului dengan ucapan aluan pengerusi majlis,Pengerusi Badan Kebajikan dan Staff ,dan juga ucapan Guru Besar.Syukur Alhamdulillah kerana setelah beberapa kali perancangan yang dibuat terpaksa ditunda beberapa kali kerana terdapat sebilangan guru yang tidak dapat hadir ke jamuan tersebut kerana terlibat dengan kursus dan sebagainya.Jamuan ini juga merangkap jamuan perpisahan Puan Suria (Pembantu Pra) dan Cik Suhada (Guru ganti ).Terima kasih kepada kedua-dua insan ini yang banyak memberikan sumbangan dan komitmen untuk SKPB. Antara menu yang dihidangkan ialah nasi goreng,ayam goreng,mee kari,pencuci mulut,kuih- muih serta pelbagai jenis minuman panas dan sejuk.Setelah menjamu selera acara menyampaikan hadiah dan cabutan bertuah diadakan .Majlis tersebut berakhir pada jam 6:00pm.

HARI ANUGERAH CEMERLANG











Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi SKPB telah diadakan pada 4/11/2012. Pada awal pagi raptai penuh diadakan bagi memperkemaskan lagi aturcara majlis.Pada jam11:00 pagi majlis dimulai dengan perbarisan daripada Unit Uniform sekolah iaitu PBSM,pengakap dan kadet.Tn Hj Abdul Halim bin Hj Harun telah merasmikan HAC pada tahun ini. Jutaan terima kasih kepada Tn Hj di atas kesudiaan beliau memberi sumbangan sebuah  LCD untuk kegunaan PdP.Sekali lagi kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan Rahmat dan berkatNYa Hari Anugerah Cemerlang telah berjalan lancar dan berjaya.Sebelum para tetamu dan waris bersurai jamuaan makan tengah hari telah diadakan bagi meraikan kehadiran para tetamu.Majlis berakhir pada jam 2:00petang.