Monday 28 October 2013

JUARA INOVASI NEGERI KEDAH


 

 Salam sejahtera semua ,
Tahniah kepada guru besar Encik Mat Aker bin Derashid yang memenangi Anugerah Inovasi negeri Kedah  kategori sekolah rendah. Inovasi yang dipertandingkan adalah penggunaan ICT dalam PDP.Kemenangan ini mendorong dan memberikan impak yang besar kepada sekolah dalam menjana kejayaan pada masa hadapan.Syabas dan Tahniah cikgu.







                                                             SYABAS DAN TAHNIAH

Friday 18 October 2013

MAJLIS KORBAN SKPB 2013

Pada 17/10/2013 Sk Paya Besar menganjurkan Majlis korban 2013 sempena Hari Raya Aidiladha.Majlis tersebut mendapat sokongan yang sepenuhnya oleh PIBG SKPB.Murid-murid tahap 2 yang terdiri daripada tahun 5 dan 6 terlibat dengan Program Pertandingan Memasak .Manakala murid tahap 1 terlibat dengan ceramah agama sempena Hari Raya Korban oleh ustaz
Naim dari Sekolah Model Khas Baling.Aktiviti penyediaan jamuan telah dilakukan oleh guru-guru ,waris dan ajk PIBG.Sesungguhnya dengan adanya program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara sesama islam dan komuniti sekitar Kg Paya Besar.






































 

TEKS PENGACARA SUKAN SKPB
















Pada 7/10/2013 berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 36 SK Paya Besar.
Acara ini bermula dengan perarakan kontigen,perasmian ,acara balapan dan padang dan seterusnya acara kemuncak.Pada tahun ini Rumah Hijau menjadi Juara.Olahragawati di sandang oleh Nurul Najihah Yakath Ali manakala Olahragawan pula disandang oleh Muhammad Amar Irfan bin Sanusi  .Semoga kejayaan pada hari ini menjadi pemangkin kejayaan pada hari mendatang.