Saturday 10 November 2012

IN HOUSE/LDP KSSR THN 3






    In house Training dan LDP telah diadakan pada 11-12 /11/2012.Guru-guru yang terlibat memberikan taklimat ialah Guru-guru tahun 3(2013).Antaranya ialah :
1.En Ismail bin Ahmad
2.Pn Zurina binti Arsyad
3.Pn Mahani binti Jaafar
4.En Azhar bin Md Rodizh
5.Ustaz Daud bin Che On.
    Terdapat juga In house bagi guru-guru yang mengikuti kursus selain daripada KSSR iaitu
Bengkel mengoptimumkan dan mengintegrasikan ICT dalam PdP kepada Guru Penyelaras ICT/bestari dan Guru penyelaras perpustakaan dan media.
Guru yang terlibat ialah Pn Razah binti Dollah dan Pn Robiatuladawiyah binti Abdul Rahim.
In house ini adalah bermatlamat agar semua guru mempunyai pengetahuaan dalam semua bidang ilmu. 





Makan KFC



     Setelah menyelesaikan kerja pada hari terakhir persekolahan kami telah berpakat dengan beberapa orang kawan untuk makan KFC.Sekali-sekala makan dan berbual hilang juga penat dan lelah.Rugi siapa yang balik awal.

Friday 9 November 2012

JAMUAN BADAN KEBAJIKAN DAN STAFF




          Pada 7/11/2012 telah diadakan jamuan Badan Kebajikan dan Staff SK Paya Besar bertempat di Seri Malaysia Sungai Petani. Majlis dimulakan pada jam 4:00pm dengan didahului dengan ucapan aluan pengerusi majlis,Pengerusi Badan Kebajikan dan Staff ,dan juga ucapan Guru Besar.Syukur Alhamdulillah kerana setelah beberapa kali perancangan yang dibuat terpaksa ditunda beberapa kali kerana terdapat sebilangan guru yang tidak dapat hadir ke jamuan tersebut kerana terlibat dengan kursus dan sebagainya.Jamuan ini juga merangkap jamuan perpisahan Puan Suria (Pembantu Pra) dan Cik Suhada (Guru ganti ).Terima kasih kepada kedua-dua insan ini yang banyak memberikan sumbangan dan komitmen untuk SKPB. Antara menu yang dihidangkan ialah nasi goreng,ayam goreng,mee kari,pencuci mulut,kuih- muih serta pelbagai jenis minuman panas dan sejuk.Setelah menjamu selera acara menyampaikan hadiah dan cabutan bertuah diadakan .Majlis tersebut berakhir pada jam 6:00pm.

HARI ANUGERAH CEMERLANG











Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi SKPB telah diadakan pada 4/11/2012. Pada awal pagi raptai penuh diadakan bagi memperkemaskan lagi aturcara majlis.Pada jam11:00 pagi majlis dimulai dengan perbarisan daripada Unit Uniform sekolah iaitu PBSM,pengakap dan kadet.Tn Hj Abdul Halim bin Hj Harun telah merasmikan HAC pada tahun ini. Jutaan terima kasih kepada Tn Hj di atas kesudiaan beliau memberi sumbangan sebuah  LCD untuk kegunaan PdP.Sekali lagi kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan Rahmat dan berkatNYa Hari Anugerah Cemerlang telah berjalan lancar dan berjaya.Sebelum para tetamu dan waris bersurai jamuaan makan tengah hari telah diadakan bagi meraikan kehadiran para tetamu.Majlis berakhir pada jam 2:00petang.

Tuesday 2 October 2012

IN HOUSE TRAINING/LDP




Pada 2/10/2012 SK Paya Besar telah mengadakan In House Training /LDP yang bertempat di Makmal ICT. Penceramah yang terlibat dalam LDP tersebut ialah guru-guru yang telah menghadiri kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh JPN .Diantara In house yang dijalankan ialah Pedagogi Matematik dan Sains Tahun 4,serta PBS. LDP ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00petang.Matlamat kursus ini ialah memberikan pendedahan kepada semua guru mengenai Pedagogi Matematik dan Sains Tahun 4 dan PBS.Penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Puan Razah binti Dollah,Puan Mariam binti Alias dan Puan Marita binti Mohammad.

PERTANDINGAN MEMASAK MASTER CHEF CILIK



    Antara hidangan yang dimasak oleh murid-murid tahun 6.

Pada 2/10/2012 telah diadakan pertandingan memasak diantara murid tahun 6.Pertandingan ini disertai oleh murid tahun 6Arif dan 6 Bestari.Pertandingan tersebut bertujuaan untuk melatih murid bekerjasama,  berdikari dan mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid.Pertandingan tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.Terdapat pelbagai menu masakan yang disediakan oleh peserta iaitu seperti nasi goreng,chicken chop,sambal udang,sambal sotong,sambal ikan,kari ikan, ikan keli bakar. dan pelbagai jenis minuman.
 Master Chef Azhar sedang menilai masakan peserta


Tuesday 18 September 2012

Aktiviti Kokurikulum

Hari Sukan !!

Hari Sukan merupakan sambutan yang dinanti-nantikan oleh para murid. Pada hari tersebut, para murid dapat mencungkil bakat masing-masing dalam acara sukan. Dibawah ini adalah antara koleksi gambar semasa Hari Sukan di Sek. Keb. Paya Besar.










Hari Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum di Sek. Keb. Paya Besar. Aktiviti yang sempat didokumentasikan merupakan aktiviti yang telah dijalankan pada bulan Ramadhan. Aktiviti ini dilakukan di dalam kelas sahaja. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut ialah menulis sajak dan mendeklamasikan sajak, melukis poster.






Murid-murid mula mencari idea untuk menulis sajak


Guru pelatih memberikan bimbingan




Lagu Sekolah

Sekolah Kebangsaan Paya Besar,
Sekolahku yang tercinta,
Tempatku menimba ilmu
Menjadi Insan Bermutu
 
Dengan semangat yang murni
kami akan terus berikrar
Mencapai cita yang mulia,
Membina negara jaya
Chorus:
Berilmu sinar berjaya,
Sentiasa cekal di hati,
Akan ku pertahankan
Gigih berjuang,
SKPB gemilang
SKPB gemilang...
ulang rangkap 2 ( 1 kali)

Chorus:
Berilmu sinar berjaya,
Sentiasa cekal di hati,
Akan ku pertahankan
Gigih berjuang,
SKPB gemilang
SKPB gemilang
S..K..P..B gemilang.

Thursday 13 September 2012

Taklimat KSSR


Pada .......................... terdapat satu taklimat yang diberikan oleh ....................................... kepada semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Paya Besar bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Paya Besar.
Taklimat ini bertujuan memberi maklumat lanjut tentang pentaksiran yang dilakukan oleh guru-guru sekolah terhadap murid-murid tahap 1 dan 2 bagi program KSSR ini.

Antara isi perbincangan:

(i)   penyediaan portfolio pekembangan pelajar.
(ii)  penyediaan portfolio sumber terbaik (SHOWCASE)
(iii) penyediaan portfolio pentaksiran pelajar.

Bimbingan diberi bertujuan membantu guru dalam menyediakan portfolio-portfolio ini.

Gambar-gambar portfolio yang disediakan oleh guru:

Aktiviti Bulan Ramadhan....



AKTIVITI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah dapat juga kami menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini iaitu tahun 2012. Seperti tahun-tahun yang lalu sekolah kami menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini  ialah:

  1. Bacaan ayat lazim 
  2. Bacaan yasin
Bacaan ayat Lazim dan yasin ini dijalankan pada setiap hari persekolahan sepanjang bulan Ramadhan. Bacaan lazim ini dilakukan pada setiap hari Isnin hingga Khamis iaitu pada jam  7.30-7.45 pagi. Selain itu, pada jam 10.15-10.45 pagi, program bacaan ayat lazim ini dijalankan bagi murid-murid tahap 1. Manakala bagi murid tahap 2, dijalankan bacaan yasin pada jam 10.45-11.15. Bacaan ini dibimbing oleh guru-guru yang ditugaskan oleh pihak sekolah. 

Gambar aktiviti bacaan yasin dan ayat lazim:


pembahagian murid perempuan dan lelaki..



murid-murid perempuan dibimbing bacaannya oleh guru perempuan..



teguran oleh Ustaz Fazrah terhadap murid lelaki yang tidak mengikuti bacaan yasin dengan baik.

Pengenalan




NAMA SEKOLAH         : Sekolah Kebangsaan Paya Besar. Kuala Ketil, Kedah
ALAMAT                         : Sekolah Kebangsaan Paya Besar, 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
NO  TELEFON               : 04-4430437
TARIKH PENUBUHAN : 
JARAK SEKOLAH        : 28 kilometer dari bandar Sungai Petani
JUMLAH GURU             : 21 orang guru / 8 staf sokongan


SENARAI NAMA GURU:
  1. En. Ishak bin Abdul                   (Guru Besar)
  2. Cik Rokiah binti Darus               (Penolong Kanan 1)
  3. Pn.Umai Kalsom binti Yaakob    (PK. Hal Ehwal Murid)
  4. En.Ismail bin Ahmad                   (Penolong Kanan Kokurikulum)
  5. En. Abdul Khani bin Mat Ali
  6. Pn. Afnie Syuhada binti Ismail
  7. En. Azahar bin Md. Rodizh
  8. En. Daud bin Che On
  9. Pn. Faridah binti Mohamed
  10. Pn. Husniza binti Hussin
  11. Pn. Mahani binti Abdul Jaafar
  12. Pn. Marita binti Mohamad
  13. En.. Muhammad Sani bin Othman
  14. En. Mohamad Fazrah bin Mokhtar
  15. Pn.  Nor Hazimah binti Osman
  16. En Abdullah bin Abdul Rahman
  17. En. Othman bin Ramli
  18. Pn. Razah binti Dollah
  19. Pn. Robia'toladawiyah binti Ab. Rahim
  20. Pn. Zurina binti Arshad
  21. Pn. Nur Firdaus binti Ismail


KAKITANGAN SEKOLAH DAN STAF SOKONGAN

1. Puan Rohani Bt. Shaari (PT)
2. Cik Norma bt. Abdullah Isa (PT)
3. En. Shahrizal Azwan bin Shahrudin (PAP)
4. En. Zuhairie bin Hassan( JURU TEKNIK)
5. En. Yusof bin Ishak (PAR)
6. En. Mohd Salleh bin Mohd Taib (PAR)
7.Cik Noor Sharifah binti Md Fadzil(PEMBANTU PRA)
8.Puan Soraini bt Md Isa (PEM.TADBIR PERKERANIAN/OPERASI -SAMBILAN