Tuesday 2 October 2012

IN HOUSE TRAINING/LDP




Pada 2/10/2012 SK Paya Besar telah mengadakan In House Training /LDP yang bertempat di Makmal ICT. Penceramah yang terlibat dalam LDP tersebut ialah guru-guru yang telah menghadiri kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh JPN .Diantara In house yang dijalankan ialah Pedagogi Matematik dan Sains Tahun 4,serta PBS. LDP ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00petang.Matlamat kursus ini ialah memberikan pendedahan kepada semua guru mengenai Pedagogi Matematik dan Sains Tahun 4 dan PBS.Penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Puan Razah binti Dollah,Puan Mariam binti Alias dan Puan Marita binti Mohammad.

PERTANDINGAN MEMASAK MASTER CHEF CILIK



    Antara hidangan yang dimasak oleh murid-murid tahun 6.

Pada 2/10/2012 telah diadakan pertandingan memasak diantara murid tahun 6.Pertandingan ini disertai oleh murid tahun 6Arif dan 6 Bestari.Pertandingan tersebut bertujuaan untuk melatih murid bekerjasama,  berdikari dan mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid.Pertandingan tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.Terdapat pelbagai menu masakan yang disediakan oleh peserta iaitu seperti nasi goreng,chicken chop,sambal udang,sambal sotong,sambal ikan,kari ikan, ikan keli bakar. dan pelbagai jenis minuman.
 Master Chef Azhar sedang menilai masakan peserta