Friday 8 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL











Pada 5 Februari 2013 SK Paya Besar telah mengadakan kuiz sempena sambutan Maulidur Rasul .Tepat jam 12.00 tengahari majlis dimulai dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kuiz tersebut telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam .Para peserta terdiri daripada tiga orang murid daripada setiap rumah sukan(Merah,Biru,Kuning dan Hijau).Pasukan rumah Merah telah menjuarai Kuiz pada kali ini.Tempat kedua pula jatuh kepada rumah  Hijau,tempat ketiga Kuning dan saguhati oleh pasukan rumah Biru.Bagi murid-murid tahap 1 pula diadakan pertandingan mewarna. Diharapkan agar sambutan Maulidur Rasul pada kali ini memberikan impak yang bermakna kepada kulawangsa SK Paya Besar untuk menjadikan Rasullullah S.A.W sebagai Idola hidup kita.Amin.