Thursday 13 September 2012

Aktiviti Bulan Ramadhan....



AKTIVITI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah dapat juga kami menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini iaitu tahun 2012. Seperti tahun-tahun yang lalu sekolah kami menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini  ialah:

  1. Bacaan ayat lazim 
  2. Bacaan yasin
Bacaan ayat Lazim dan yasin ini dijalankan pada setiap hari persekolahan sepanjang bulan Ramadhan. Bacaan lazim ini dilakukan pada setiap hari Isnin hingga Khamis iaitu pada jam  7.30-7.45 pagi. Selain itu, pada jam 10.15-10.45 pagi, program bacaan ayat lazim ini dijalankan bagi murid-murid tahap 1. Manakala bagi murid tahap 2, dijalankan bacaan yasin pada jam 10.45-11.15. Bacaan ini dibimbing oleh guru-guru yang ditugaskan oleh pihak sekolah. 

Gambar aktiviti bacaan yasin dan ayat lazim:


pembahagian murid perempuan dan lelaki..



murid-murid perempuan dibimbing bacaannya oleh guru perempuan..



teguran oleh Ustaz Fazrah terhadap murid lelaki yang tidak mengikuti bacaan yasin dengan baik.

No comments:

Post a Comment