Friday 9 November 2012

JAMUAN BADAN KEBAJIKAN DAN STAFF




          Pada 7/11/2012 telah diadakan jamuan Badan Kebajikan dan Staff SK Paya Besar bertempat di Seri Malaysia Sungai Petani. Majlis dimulakan pada jam 4:00pm dengan didahului dengan ucapan aluan pengerusi majlis,Pengerusi Badan Kebajikan dan Staff ,dan juga ucapan Guru Besar.Syukur Alhamdulillah kerana setelah beberapa kali perancangan yang dibuat terpaksa ditunda beberapa kali kerana terdapat sebilangan guru yang tidak dapat hadir ke jamuan tersebut kerana terlibat dengan kursus dan sebagainya.Jamuan ini juga merangkap jamuan perpisahan Puan Suria (Pembantu Pra) dan Cik Suhada (Guru ganti ).Terima kasih kepada kedua-dua insan ini yang banyak memberikan sumbangan dan komitmen untuk SKPB. Antara menu yang dihidangkan ialah nasi goreng,ayam goreng,mee kari,pencuci mulut,kuih- muih serta pelbagai jenis minuman panas dan sejuk.Setelah menjamu selera acara menyampaikan hadiah dan cabutan bertuah diadakan .Majlis tersebut berakhir pada jam 6:00pm.

No comments:

Post a Comment