Monday 24 June 2013

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013

Pada 20 dan 21 Jun Sk Paya Besar telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2013 di Kompleks Rakan Muda Baling.Program tersebut telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Unit Kurikulum Sk Paya Besar.Penganjuran Kem seperti ini diharapkan dapat membantu para peserta menambahkan lagi pengetahuan dalam persediaan menghadapi UPSR 2013.Pelbagai aktiviti dijalankan seperti teknk menjawab soalan Sains,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris serta motivasi diri.Tidak ketinggalan juga telah diadakan Qiamulai sebagai munajat kepada Allah agar segala usaha yang dilakukan oleh para peserta Kem dan guru-guru dimakbulkan.Amin












No comments:

Post a Comment