Friday 19 July 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (FROG VLE)

 Latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru dan staff sekolah telah diadakan pada 17 Julai 2013.Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru dan staff SKPB mengenai FROG VLE atau lebih dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran secara maya.(Virtual Learning Environment ).Latihan ini memberikan peserta menggunakan idea atau kreativiti dalam menghasilkan dashboard peribadi yang menarik.Beberapa perkara yang diberi perhatian ialah memasukkan gambar,video,jam ,teks dan lain-lain lagi.Guru-guru dan staff juga didedahkan untuk menggunakan FROGSTORE bagi tujuan  mendapatkan maklumat dan bahan yang telah disediakan contohnya seperti buku teks,simpulan bahasa dan sebagainya.Harapan daripada Kemeterian Pelajaran Malaysia supaya semua guru dan murid akan aktif dalam penggunaan VLE bagi menjana peningkatan prestasi SKPB di band ke 2 pada 2015 nanti.










No comments:

Post a Comment